maafkan kekasaran bahasa aku.
wait, screw that.
pukul 7.30 pagi aku da terpacul kat depan bangunan blok 4.
"alamak, lame lagi mase, nak wat ape nih?"
nak tido, xmengantok,
walaupun aku bangun pukul 5 pagi tadi.
walaupun aku xdapat tido gara2 perubahan hormon dan pergerakan neuron yang akhirnya merangsang kekejangan yang melampau di bahagian abdomen.
Bahagian abdomen aku cakap!
..........
sudah, kembali kepada cerita,
kerja sepatutnya bermula pada pukul 9.
aku mempunyai masa yang berlimpah ruah banyaknye sebelum detik yang dinanti2kan.
akhirnya, aku duduk bersahaja di dalam kereta berjam lamanya.
sambil merungkap(ade ke perkataan nih?) kata2 indah bersama MrCendawan, sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang bergerak pada ketika itu.
ade yang baru nak bukak kedai,
ade yang baru nak bukak langkah,
ade yang baru nak bukak paper,
ade yang baru nak bukak.. baju? ..
eh bukan, jaket rupenye.
panda-chan sampai seketika kemudian.
beberapa minit sebelum waktu yang ditetapkan.
hari pertama training pun bermula.
seperti biase, ia selalunye bermula dengan percakapan orang2 tertentu.
selepas itu, games. macam2 terjadi.
diriku sangat teruja sehinggakan membuat sesuatu yang memalukan diri ini :
Q : name 5 members of this company.
A : may may, leong, jeannie, khoo, aizam
correct answer : sony, panasonic, etc.
class : LOL-ed
choco : great-- complete fool of myself. well at least i had fun.
perkara itu adalah perkara biase yang biasa berlaku pada diri ini pada kebiasaanya.
lagi2 apabila aku terlampau excited.
maklumlah, sudah lame xberjumpe dengan kawan2 baru.
ataupun hari itu merupakan salah satu hari itu di mana hormon2 ku tidak berada di rumah masing2, sebaliknya berlari bertempiaran ke sana sini, juga turut mempengaruhi peredaran pasang surut laut merah.
sudah, cukup.
Q : di manakah kepalatan hari ini , chocobo?
A : kejap, nak dekat sampai dah.
aktiviti diteruskan dengan penuh gelak ketawa oleh rakan2 seperjuangan yang lain, terhadap jawapan2 yang terpesong dari haluan sebenar oleh kumpulan masing2.
(aku pun xbrape paham ayat tuh)
petang semakin hampir, aktiviti yang dijadualkan sudah habis dilakukan.
lawatan pun sudah.
maka, untuk menamatkan petang tersebut, kami semua diperlukan untuk menandatangani borang AKU JANJI.
aku janji ini, aku janji itu, basicly, perjanjian la--
belum sempat bola mata pen (ke pen mata bola, mane2 la...) sentuh permukaan kertas,
seseorang itu terus bersuara.
now, apa yang telah dipelajari di sekolah adalah "sentiasa rajin bertanya".
apa yang tidak diajar di sekolah, "sentiasa tanya soalan yang bijak pada masa yang bertetapan".
"kenapa cikgu x ajar tuh?" tanya seseorang.
"kalau sume tuh cikgu nak ajar, maka ko akan ke sekolah sampai ke tua" jawab seseorang.
cikgu saya di sekolah juga pernah menasihati, (tetibe gune saya la plak) ...
"speak up maisarah"
kerana itulah selepas form 5 karakter ini telah menjadi seorang yang agresif dan defensive dalam perdebatan .
(eh, ye ke? bukan memang dr kecik camtuh ke?)
Q : ape kene mengene dengan cerita nih?
A : xde.
kembali kepada cerita.
seseorang itu, orang A, diberi name, (padan muke, name ko A je) , orang A angkat tangan.
bermula masa dan ketika itu, hidup aku, panda dan ... (name ape plak aku nak bagi bdak sorang lg nih)... choco, panda, ketua-pasukan, bercelaru .
hidup kami terganggu.
hari yang gembira terus bertukar.
borang perjanjian ditarik balik.
kami diberikan masa sehari, SEHARI SAHAJA untuk menyelesaikan isu itu.
Isu apakah itu?
Aku hanya boleh berkata ia berkenaan biasiswa tertentu dan pengikatan tertentu dalam masa tertentu yang bukanlah isu yang besar pun, malah ia telah basi, tetapi akibat perbuatan orangA, ia telah menjadi batu yang besar di hadapan choco, panda dan ketua-pasukan .
batu yang besar yang menjadi penghalang future career kami.
update : telah berurusan dengan pegawai yang terlibat. hanya menunggu kata akhir syarikat pula.
perempuan A, you REALLY made A HUGE MESS.
cakaplah apa yang sepatutnya pada masa yang sepatutnya sahaja.
No comments:
Post a Comment